Google
 

Friday, August 10, 2007

Misi Merdeka


Sempena Bulan kemerdekaan ini, Serombongan pelajar Sekolah Sains Kesihatan Kolej PTPL Sabah telah menawan Gunung Kinabalu. Rombongan ini Diketuai Sharmizie Rashman dan dibantu oleh Jerome Conahap. Pendakian tersebut telah dijalankan pada 6hb Ogos yang lalu.

Menurut Mr Anthony Chai, antara objektif pendakian ini ialah:
  • Melahirkan pelajar yang sihat,agar pelajar Kolej PTPL, Sabah disegani oleh institusi pegajian tinggi yang lain kerana mampu mewujudkan pelajar yang berkemampuan dari segi akademik serta sihat
  • Mempromosikan Kolej PTPL, Sabah kepada seluruh masyarakat di Sabah.Ini kerana aktiviti ini sekaligus dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat setempat mengenai kewujudan Kolej PTPL, Sabah.
  • Mengeratkan silaturahim antara warga PTPL, Sabah.ini kerana program ini bakal disertai oleh pelajar dan tenaga pengajar dari kolej PTPL, Sabah.
  • Aktiviti ini dapat menarik generasi muda untuk menikmati keindahan alam sekitar serta memupuk perasaan cinta terhadap alam sekitar.
  • Aktiviti ini juga membuktikan pelajar Kolej PTPL, Sabah dapat mengisi masa mereka dengan aktiviti yang berfaedah.
  • Para peserta juga akan mengibarkan bendera Kolej PTPL, Sabah dan Malaysia di puncak Gunung Kinabalu.Ini dilakukan sempena tahun kemerdekaan Malaysia ke 50.

No comments: