Google
 

Friday, August 24, 2007

Orientasi Intake Jun'07(05)

Pada hari ini telah diadakan Majlis Penutupan Orientasi bagi sesi Jun'07(05). Majlis ini telah dijalankan:

Tempat : Perpustakaan Kolej PTPL Sabah
Masa : 10.30-11.30 a.m

Majlis orientasi pada kali ini agak istimewa jika dibandingkan majlis penutupan orientasi sebelumnya. Buat pertama kali, pelajar baru intake Jun'07(05) Kolej PTPL Sabah, telah mengenakan baju batik. Pemakaian baju batik ini adalah yang pertama kali dilaksanakan untuk majlis formal. Pemakaian baju batik ini juga akan diteruskan bagi sesi atau intake baru yang akan datang. Baju batik ini, bukan hanya di pakai ketika waktu orientasi tetapi untuk majlis-majlis formal lain yang dianjurkan oleh PTPL.

Di harapkan daripada aktiviti orientasi ini, para pelajar baru daat menyesuaikan diri dengan keadaan Kolej PTPL Sabah dan seterusnya menyesuaikan diri sebagai budak kolej.

En. Hisham Dan En. Azman

Suasana pada penutupan orientasi

Deklamasi sajak oleh salah seorang pelajar Intake Jun'07(05)

Koir dari pelajar baru

Good Luck and All The Best to All PTPL Sabah Students Intake Jun'07(05)

Saturday, August 11, 2007

PTPL Di Puncak Kejayaan

Saksikan Kejayaan pelajar DTMP mengibarkan bendera Malaysia di Puncak Gunung Kinabalu.
Sebanyak 50 buah bendera Malaysia telah dikibarkan dalam aktiviti ini.

Aktiviti ini juga kemungkinan besar akan diteruskan pada tahun hadapan.


Pelajar bersama-sama mengibarkan Bendera Malaysia

Bergambar bersama pelancong asing

Tubuh cergas, minda sihat, ramuan kejayaan....

Friday, August 10, 2007

Misi Merdeka


Sempena Bulan kemerdekaan ini, Serombongan pelajar Sekolah Sains Kesihatan Kolej PTPL Sabah telah menawan Gunung Kinabalu. Rombongan ini Diketuai Sharmizie Rashman dan dibantu oleh Jerome Conahap. Pendakian tersebut telah dijalankan pada 6hb Ogos yang lalu.

Menurut Mr Anthony Chai, antara objektif pendakian ini ialah:
  • Melahirkan pelajar yang sihat,agar pelajar Kolej PTPL, Sabah disegani oleh institusi pegajian tinggi yang lain kerana mampu mewujudkan pelajar yang berkemampuan dari segi akademik serta sihat
  • Mempromosikan Kolej PTPL, Sabah kepada seluruh masyarakat di Sabah.Ini kerana aktiviti ini sekaligus dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat setempat mengenai kewujudan Kolej PTPL, Sabah.
  • Mengeratkan silaturahim antara warga PTPL, Sabah.ini kerana program ini bakal disertai oleh pelajar dan tenaga pengajar dari kolej PTPL, Sabah.
  • Aktiviti ini dapat menarik generasi muda untuk menikmati keindahan alam sekitar serta memupuk perasaan cinta terhadap alam sekitar.
  • Aktiviti ini juga membuktikan pelajar Kolej PTPL, Sabah dapat mengisi masa mereka dengan aktiviti yang berfaedah.
  • Para peserta juga akan mengibarkan bendera Kolej PTPL, Sabah dan Malaysia di puncak Gunung Kinabalu.Ini dilakukan sempena tahun kemerdekaan Malaysia ke 50.