Pada 16.11.2007, Kolej PTPL Sabah telah mengadakan karnival kelab dan persatuan. Karnival ini adalah untuk menggalakkan pelajar untuk menyertai kelab dan persatuan dimana sebagai aktiviti ko-kurikulum pelajar. Dengan penyertaan pelajar dalam kelab mahu pun persatuan, ini dapat menggelakkan pelajar daripada terpesong ke aktiviti yang tidak bermoral. Masa kosong pelajar dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Ini adalah selaras dengan kehendak Menteri Pengajian Tinggi dimana pelajar bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan akademik yang baik tetapi juga dilengkapi dengan nilai-nilai tambahan yang mana boleh diperolehi daripada menyertai aktiviti kelab atau persatuan.
Aktiviti ini dirasmikan oleh Pengetua Kolej PTPL Sabah, Tuan Haji Adnan Ibrahim. Antara kelab dan persatuan yang membuka kaunter pendaftran pada hari tersebut ialah MMC Club, Kelab Futsal, Kelab Kembara, PAC, Rentak PTPL Sabah, PBSM, Kelab Ping-pong, Kelab Bowling dan banyak lagi.
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat di rakam oleh ahli MMC Club.

suasana di kaunter pendaftaran MMC Club

Kaunter MMC Club(kiri) dan Kelab Bowling(kanan)

Suasana pendaftaran ahli kelab

Gerai dan gerai.....

Persembahan dari juara Sugandoi Hari Terbuka PTPL, Effarina

Kaunter MPP

Kreatif dan inovatif

Riang ria dengan aktiviti sihat

Pecahkan belon dia.....

Tarian poco-poco pun ada....
MMC Club mengharapkan sokongan daripada pelajar-pelajar Kolej PTPL untuk kerap mengunjungi blog ini.
Blogmaster.
No comments:
Post a Comment