Google
 

Monday, September 10, 2007

Senarai pemenang

PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PARA PEMENANG PERTANDINGAN SUKAN.

1. PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP, KOLEJ PTPL SABAH. Anjuran SBMP Kolej PTPL, Sabah.

· Telah diadakan pada 29 / Julai / 2007 bertempat di Dewan Serbaguna JKR, Sembulan.

· Seramai 6 pasukan yang bertanding

JUARA : JAYMOND GROUP

(PENGURUS : SAHRIN SUNTRAK)

N. JUARA : MISAG (A)

(PENGURUS : MD TAJUDIN)

KETIGA : BUJANG SENANG

(PENGURUS : JUANDA @ JUAN SUANTO)

KEEMPAT : LANGO-LANGO

(PENGURUS : SILVESTER JUALI)

2. PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP, KOLEJ PTPL SABAH.

Anjuran Kelab Futsal Kolej PTPL, Sabah.

· Telah diadakan pada 08 / Ogos / 2007 bertempat di SURIA INDOOR SOCCER CENTRE.

· Seramai 9 pasukan lelaki dan 3 pasukan Wanita yang bertanding

Bagi Kategori LELAKI:

JUARA : D’ JOLO

(PENGURUS : AWANG ZAINI BIN BIDI)

N. JUARA : GEMURU FC

(PENGURUS : SALIMAN B. YADSAH)

KETIGA : R – TEN FC

(PENGURUS : RONALD S. MANDARUSAN)

KEEMPAT : THE NARKS FC

(PENGURUS : MARANG KERAPU)

Bagi Kategori WANITA:

JUARA : WHATEVER TEAM

(PENGURUS : LOISAH THOMAS)

N. JUARA : HARAJUKU QAWAII

(PENGURUS : OOI NELLY)

KETIGA : CRUSANDER GIRL

(PENGURUS : KATRINA T.)

3. PERTANDINGAN BOLASEPAK 9 - SEBELAH TERTUTUP, KOLEJ PTPL SABAH. Anjuran SBMP Kolej PTPL, Sabah.

· Telah diadakan pada 25 / Ogos / 2007 bertempat di Padang Maktab Sabah.

· Seramai 7 pasukan yang bertanding

JUARA : D’ JOLO

(PENGURUS : ROMEO THOMPSON SURING)

N. JUARA : THE NARKS FC

(PENGURUS : MOHD ASRI BIN ABDULLAH)

KETIGA : HOLEGEN

(PENGURUS : AZMI KOLIS)

KEEMPAT : STAFF FC

(PENGURUS : SALIMAN B. YADSAH)

4. Kelab Sukan dan Rekreasi Cosmopoint (K-SURECOZ) dari Kolej Teknologi Cosmopoint cawangan Kota Kinabalu, Sabah telah menganjurkan ;

KEJOHANAN FUTSAL ANTARA-COLLEGE SEMPENA PROGRAM PENGHAYATAN 50 TAHUN MERDEKA.

· Telah diadakan pada 09 / SEPT / 2007 bertempat di SURIA INDOOR

SOCCER CENTRE dari jam 9.00 pagi – 3.00 ptg

· Seramai 9 buah kolej yang bertanding

JUARA : KOLEJ PTPL, SABAH

(PENGURUS : ZULHEIMI ABD RASA)

sumber: miss dixie

Simpang Mengayau, Kudat

Bertolak dari Kolej PTPL Sabah, Sembulan

Baru-baru ini segerombolan pelajar Diploma dan Sijil Pelancogan bersama dengan Miss Laira telah mengadakan lawatan ke Simpang Mengayau dan Rumah Panjang Orang Rungus. Aktiviti ini adalah bersempena dengan sambutan menjelang hari kemerdekaan yang ke 50.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah BBQ, merentas desa (jungle trekking) dan berkelah di Simpang Mengayau. Dalam aktiviti ini juga, banyak pengalaman dan pengetahuan yang telah diperolehi oleh para pelajar, di mana mereka telah mempeljari mengenai kebudayaan orang rungus dari segi pergaulan, tarian, makanan dan banyak lagi.

Papan tanda Rumah Panjang Orang Rungus Bavanggazo

Rumah Panjang Orang Rungus Bavanggazo

Tarian kebudayaan Rungus (Sumundai)

Pelajar sedang mempelajari Tarian Mongigol

Para pelajar mengambil gambar kenangan di Rumah Panjang Orang rungus

Aktiviti bersama penduduk setempat

BBQ

Jungle trekking

Selepas penat meredah hutan

di puncak Borneo, Simpang Mengayau

Para pelajar mengibarkan 50 bendera mini Malaysia di Simpang mengayau

Malaysia Cemerlang, Gemilang dan Terbilang!

Aktiviti sebegini adalah terbaik bagi menerapkan nilai-nilai moral dan semangat patriotik terutamanya di kalangan pelajar IPT di mana berada dalam peringkat pembelajaran seterusnya sesuai bagi membentuk modal insan yang diperlukan oleh negara

sumber: miss kilul

Friday, August 24, 2007

Orientasi Intake Jun'07(05)

Pada hari ini telah diadakan Majlis Penutupan Orientasi bagi sesi Jun'07(05). Majlis ini telah dijalankan:

Tempat : Perpustakaan Kolej PTPL Sabah
Masa : 10.30-11.30 a.m

Majlis orientasi pada kali ini agak istimewa jika dibandingkan majlis penutupan orientasi sebelumnya. Buat pertama kali, pelajar baru intake Jun'07(05) Kolej PTPL Sabah, telah mengenakan baju batik. Pemakaian baju batik ini adalah yang pertama kali dilaksanakan untuk majlis formal. Pemakaian baju batik ini juga akan diteruskan bagi sesi atau intake baru yang akan datang. Baju batik ini, bukan hanya di pakai ketika waktu orientasi tetapi untuk majlis-majlis formal lain yang dianjurkan oleh PTPL.

Di harapkan daripada aktiviti orientasi ini, para pelajar baru daat menyesuaikan diri dengan keadaan Kolej PTPL Sabah dan seterusnya menyesuaikan diri sebagai budak kolej.

En. Hisham Dan En. Azman

Suasana pada penutupan orientasi

Deklamasi sajak oleh salah seorang pelajar Intake Jun'07(05)

Koir dari pelajar baru

Good Luck and All The Best to All PTPL Sabah Students Intake Jun'07(05)

Saturday, August 11, 2007

PTPL Di Puncak Kejayaan

Saksikan Kejayaan pelajar DTMP mengibarkan bendera Malaysia di Puncak Gunung Kinabalu.
Sebanyak 50 buah bendera Malaysia telah dikibarkan dalam aktiviti ini.

Aktiviti ini juga kemungkinan besar akan diteruskan pada tahun hadapan.


Pelajar bersama-sama mengibarkan Bendera Malaysia

Bergambar bersama pelancong asing

Tubuh cergas, minda sihat, ramuan kejayaan....

Friday, August 10, 2007

Misi Merdeka


Sempena Bulan kemerdekaan ini, Serombongan pelajar Sekolah Sains Kesihatan Kolej PTPL Sabah telah menawan Gunung Kinabalu. Rombongan ini Diketuai Sharmizie Rashman dan dibantu oleh Jerome Conahap. Pendakian tersebut telah dijalankan pada 6hb Ogos yang lalu.

Menurut Mr Anthony Chai, antara objektif pendakian ini ialah:
  • Melahirkan pelajar yang sihat,agar pelajar Kolej PTPL, Sabah disegani oleh institusi pegajian tinggi yang lain kerana mampu mewujudkan pelajar yang berkemampuan dari segi akademik serta sihat
  • Mempromosikan Kolej PTPL, Sabah kepada seluruh masyarakat di Sabah.Ini kerana aktiviti ini sekaligus dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat setempat mengenai kewujudan Kolej PTPL, Sabah.
  • Mengeratkan silaturahim antara warga PTPL, Sabah.ini kerana program ini bakal disertai oleh pelajar dan tenaga pengajar dari kolej PTPL, Sabah.
  • Aktiviti ini dapat menarik generasi muda untuk menikmati keindahan alam sekitar serta memupuk perasaan cinta terhadap alam sekitar.
  • Aktiviti ini juga membuktikan pelajar Kolej PTPL, Sabah dapat mengisi masa mereka dengan aktiviti yang berfaedah.
  • Para peserta juga akan mengibarkan bendera Kolej PTPL, Sabah dan Malaysia di puncak Gunung Kinabalu.Ini dilakukan sempena tahun kemerdekaan Malaysia ke 50.

Wednesday, July 25, 2007

Go-kart Bersama Mentee

Kita sering dikhabarkan betapa hebatnya Micheal Schumacher, Fernando Alonso dan terbaru Lewis Hamilton mengenai cara pemanduan kereta F1 mereka. Memandangkan sukan permotoran semakin mendapat tempat di mata masyarakat masa kini, Sekumpulan pelajar Kolej PTPL di bawah anjuran Mentor-mentee telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Wong Kwok Go kart Centre bertempat di Bundusan, Penampang pada 1 Jun 2007. Lawatan ini di bawah kendalian Miss Kilul bersama dengan 14 orang menteenya.

Banyak dipelajari mereka semasa lawatan tersebut, antaranya bagaimana cara pemanduan go kart dan ciri-ciri keselamatannya. Ramai pelajar yang berpuas hati pada lawatan yang memberi manfaat sambil berhibur.

Koleksi gambar perserta lawatan bersama Miss Kilul,

Gadis-gadis go kart sedang menunggu giliran bagi sesi penerangan keselamatan


Sedang meneliti ciri-ciri keselamatan

Menuju ke petak permulaan

Salah seorang peserta yang membawa mesej keamanan untuk sejagat

"saya pun nak tiru dia"

Gaya tangan yang paling famous semasa lawatan ini "peace"


kalo saya cooo.....l bah!

Miss Kilul dengan menteeenya

Kebanyakkan mentee Miss Kilul rasa seronok dengan pengalaman yang mereka perolehi semasa lawatan ini. Rata-rata diantara mereka menginginkan aktivti sebegini kerap dijalankan.

Sumber: Miss Kilul

Tuesday, July 24, 2007

Pertandingan Sepak Takraw Tertutup Kolej PTPL, Sabah


Penganjur:
School Of Business Management And Professional Studies (SBMP)

Tarikh : 28-29/07/07 (Sabtu & Ahad)
Masa : 2.00 ptg (hari Sabtu) & 9.00 pg (Ahad)
Tempat: Gelanggang Sepak Takraw, Wisma Muis

Syarat-syarat Pertandingan:
1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua program & staf Kolej PTPL, sabah
2. Setiap pasukan/regu hendaklah mempunyai EMPAT(4) orang pemain sahaja ( 3 orang
pemain dan seorang simpanan)
3. Yuran penyertaan sebanyak RM 15.00 sahaja
4. Borang penyertaan hendaklah diserahkan beserta dengan wang pendaftaran kepada pihak penganjur selewat-lewatnya pada 25 Julai 2007 bersamaan hari Rabu, 5.00 ptg.
5. Sistem kiraan 21 mata
6. Semau perlawanan akan dijalankan secara "Double play, Single knock out"
7. semua pertandingan di suku akhir dan separuh akhir juga secara kalah mati
8. Cabutan undi diadakan pada 27 Julai 2007 (Jumaat) jam 3.00 ptg di student centre
9. Semua pasukuan dimestilah lengkap dengan pakaian sukan(memakai jersey)
10. Semua pasukan dimestikan datang awal 10 minit sebelum perlawanan dimulakan
11. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan pihak penganjur "TIDAK
Bertanggungjawab" ke atas sebarang kecederaan yang berlaku

segala pertanyaan dan borang penyertaan boleh diperolehi dari Puan Dixie
Sumber maklumat: Puan Dixie