Google
 

Wednesday, July 25, 2007

Go-kart Bersama Mentee

Kita sering dikhabarkan betapa hebatnya Micheal Schumacher, Fernando Alonso dan terbaru Lewis Hamilton mengenai cara pemanduan kereta F1 mereka. Memandangkan sukan permotoran semakin mendapat tempat di mata masyarakat masa kini, Sekumpulan pelajar Kolej PTPL di bawah anjuran Mentor-mentee telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Wong Kwok Go kart Centre bertempat di Bundusan, Penampang pada 1 Jun 2007. Lawatan ini di bawah kendalian Miss Kilul bersama dengan 14 orang menteenya.

Banyak dipelajari mereka semasa lawatan tersebut, antaranya bagaimana cara pemanduan go kart dan ciri-ciri keselamatannya. Ramai pelajar yang berpuas hati pada lawatan yang memberi manfaat sambil berhibur.

Koleksi gambar perserta lawatan bersama Miss Kilul,

Gadis-gadis go kart sedang menunggu giliran bagi sesi penerangan keselamatan


Sedang meneliti ciri-ciri keselamatan

Menuju ke petak permulaan

Salah seorang peserta yang membawa mesej keamanan untuk sejagat

"saya pun nak tiru dia"

Gaya tangan yang paling famous semasa lawatan ini "peace"


kalo saya cooo.....l bah!

Miss Kilul dengan menteeenya

Kebanyakkan mentee Miss Kilul rasa seronok dengan pengalaman yang mereka perolehi semasa lawatan ini. Rata-rata diantara mereka menginginkan aktivti sebegini kerap dijalankan.

Sumber: Miss Kilul

Tuesday, July 24, 2007

Pertandingan Sepak Takraw Tertutup Kolej PTPL, Sabah


Penganjur:
School Of Business Management And Professional Studies (SBMP)

Tarikh : 28-29/07/07 (Sabtu & Ahad)
Masa : 2.00 ptg (hari Sabtu) & 9.00 pg (Ahad)
Tempat: Gelanggang Sepak Takraw, Wisma Muis

Syarat-syarat Pertandingan:
1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua program & staf Kolej PTPL, sabah
2. Setiap pasukan/regu hendaklah mempunyai EMPAT(4) orang pemain sahaja ( 3 orang
pemain dan seorang simpanan)
3. Yuran penyertaan sebanyak RM 15.00 sahaja
4. Borang penyertaan hendaklah diserahkan beserta dengan wang pendaftaran kepada pihak penganjur selewat-lewatnya pada 25 Julai 2007 bersamaan hari Rabu, 5.00 ptg.
5. Sistem kiraan 21 mata
6. Semau perlawanan akan dijalankan secara "Double play, Single knock out"
7. semua pertandingan di suku akhir dan separuh akhir juga secara kalah mati
8. Cabutan undi diadakan pada 27 Julai 2007 (Jumaat) jam 3.00 ptg di student centre
9. Semua pasukuan dimestilah lengkap dengan pakaian sukan(memakai jersey)
10. Semua pasukan dimestikan datang awal 10 minit sebelum perlawanan dimulakan
11. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan pihak penganjur "TIDAK
Bertanggungjawab" ke atas sebarang kecederaan yang berlaku

segala pertanyaan dan borang penyertaan boleh diperolehi dari Puan Dixie
Sumber maklumat: Puan Dixie

Aktiviti Minggu ke-6

Sepanjang minggu ke-6 kalender akademik Kolej PTPL pelbagai aktiviti telah pun dirancang tidak kira dari unit UPP atau Akademik.

Berikut adalah senarai aktiviti tersebut:
Aktiviti anjuran UPP
1. PTPL Idol
Tarikh: 25.07.07

2. Frienship Day
Tarikh: 25.07.07

Aktivti anjuran akademik
3. Spelling Bee
Tarikh: 25.07.07

4. Scrabble
Tarikh: 25.07.07

5. Pemeriksaan Kesihatan
- pemeriksaan tekanan darah + jenis darah
- yuran: RM 0.50
- BMI + Kaunseling pemakanan
- yuran: RM 1.00
Tarikh: 25.07.07

6. Beauty make-over
Tarikh: 25.07.07
Yuran: RM 6.00

7. Cabutan Bertuah
Tarikh:25.07.07
Yuran: RM 1.00

8. Song Dedication
Tarikh: 25.07.07
Yuran: RM 0.50

Jangan lepas peluang anda untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang telah di rencanakan.
Untuk pertanyaan lanjut sila berjumpa dengan wakil UPP atau akademik.

Monday, July 23, 2007

Video Pilihan

Pada hari pelancaran blog ini, MMC club telah menjalankan undian sepanjang minggu lalu untuk memilih musik video untuk di masukkan ke blog ini. Sepanjang minggu undian tersebut didapati terdapat dua musik video yang mendapat undian seri iaitu Joget lambak dari Adam dan Bukan diriku Samson. Saksikan musik video pilihan anda, LAYANNN.......

Adam-Joget lambak


Samson- Bukan diriku

Thursday, July 19, 2007

Seminar Biro Tata Negara

Wisma Muis 15 July 2007, seminar Biro Tata Negara bersama pelajar kolej PTPL berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Tajuk yang disentuh adalah Prestasi Bumi Putra Dan Pembangunan Modal Insan.

Seramai 210 orang pelajar yang menyertai program yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara Cawangan Sabah dan anjuran bersama Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Sabah.

Program seminar ini telah dirasmikan oleh Puan Shanita Bt. Terang sebagai Pengarah Biro Tata Negara (BTN) bagi negeri Sabah. Penceramah yang dijemput adalah En. Ahmad Yani B. Lisani dan En. Abdul Rahim B. Mustem.

(disediakan oleh: Mr. Takeshi)

Minggu Kitar Semula SHS

PTPL Sabah, 18 Julai 2007. Bertempat di Student Center telah diadakan program pertandingan Kitar Semula sempena minggu kitar semula Kolej PTPL Sabah. Kategori pertandingan ini terbahagi kepada 2 iaitu rekacipta kerusi dari bahan terpakai dan mengumpul suratkhabar lama.

Bagi kategori rekacipta kerusi daripada bahan terpakai disertai oleh 2 kumpulan mentee iaitu mentee Ms. Laura dan Ms. Dayang. Pemenang bagi kategori ini dimenangi oleh mente Ms. Laura menerima hadiah berupa hamper yang bernilai RM 100.00. Dan, kategori mengumpul surat khabar lama pula dimenangi oleh kumpulan Sir. Anthony. Acara ini juga disertai oleh Ms. Dayang dan Ms. Lydia.

Melalui program ini, siswa dan siswi dapat membuka minda untuk lebih mencintai alam sekitar dengan mengitar semula bahan yang terpakai.

(Disediakan oleh: Ms. Lexy Jane)

Koleksi gambar Minggu Kitar Semula SHS:

Kazri dengan suratkhabar yang kumpul oleh Mr Anthony

Acara menimbang suratkhabar

30 kg....!

Suratkhabar...suratkhabar eeee... buku rujukan pun ada...

Pemenang Rekacipta kerusi

Pengadil tengah menilai hasil rekacipta kerusi

Hamper untuk pemenang

Tuesday, July 17, 2007

Karnival Kelab Kolej PTPL Sabah

Pada 16.11.2007, Kolej PTPL Sabah telah mengadakan karnival kelab dan persatuan. Karnival ini adalah untuk menggalakkan pelajar untuk menyertai kelab dan persatuan dimana sebagai aktiviti ko-kurikulum pelajar. Dengan penyertaan pelajar dalam kelab mahu pun persatuan, ini dapat menggelakkan pelajar daripada terpesong ke aktiviti yang tidak bermoral. Masa kosong pelajar dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Ini adalah selaras dengan kehendak Menteri Pengajian Tinggi dimana pelajar bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan akademik yang baik tetapi juga dilengkapi dengan nilai-nilai tambahan yang mana boleh diperolehi daripada menyertai aktiviti kelab atau persatuan.

Aktiviti ini dirasmikan oleh Pengetua Kolej PTPL Sabah, Tuan Haji Adnan Ibrahim. Antara kelab dan persatuan yang membuka kaunter pendaftran pada hari tersebut ialah MMC Club, Kelab Futsal, Kelab Kembara, PAC, Rentak PTPL Sabah, PBSM, Kelab Ping-pong, Kelab Bowling dan banyak lagi.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat di rakam oleh ahli MMC Club.

suasana di kaunter pendaftaran MMC Club

Kaunter MMC Club(kiri) dan Kelab Bowling(kanan)

Suasana pendaftaran ahli kelab

Gerai dan gerai.....

Persembahan dari juara Sugandoi Hari Terbuka PTPL, Effarina

Kaunter MPP

Kreatif dan inovatif

Riang ria dengan aktiviti sihat

Pecahkan belon dia.....

Tarian poco-poco pun ada....

MMC Club mengharapkan sokongan daripada pelajar-pelajar Kolej PTPL untuk kerap mengunjungi blog ini.

Blogmaster.

Monday, July 16, 2007

Minggu Kitar Semula


Bermula dari 11 julai hingga 18 Julai ini Jabatan DTMP mengadakan Minggu Kitar Semula. Sepanjang kempen ini, beberapa aktiviti akan diadakan pada 18 julai ini. Antara aktiviti tersebut ialah mengumpul suratkhabar lama dan juga pertandingan rekacipta dari barang terpakai.
Para pelajar DTMP digalakkan menyertai aktiviti ini. Segala info boleh berjumpa dengan pihak pengganjur. Khabarnya hadiah adalah lumayan......

Tema minggu kitar semula ini ialah ; Reduce, Reuse, Recycle

Kitar semula untuk masa hadapan!

Pendaftran Ahli Kelab


Tarikh 16 Julai 2007 adalah hari bersejarah bagi Kelab MMC Kolej PTPL Sabah. Tarikh ini merupakan hari permulaan bagi kelab ini untuk terus bergiat aktif. Ini adalah laman web sementara bagi kelab ini, untuk memaklumkan berita-berita terkini mengenai aktiviti kelab. Kepada warga PTPL Sabah jangan lupa daftarkan diri anda di kaunter pendaftran kelab yang telah disediakan. Good Luck....